Monday, 4 September 2017

kelebihan dan kelemahan peta minda

APA ITU PETA MINDA ?

       Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony BuzanMenurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraian.
     Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia bagi memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan cara komputer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding dan menganalisis. Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara menyeluruh supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Hal ini selaras dengan cara otak memproses dan merakam maklumatkerana maklumat disusun mengikut struktur organik otak yang lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
   

TUJUAN PETA MINDA

        Peta minda direka bagi kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah kerana idea-idea dapat disusun dalam sistem organisasi yang berbentuk gambar dan kata kunci. Gambaran dan kelainan warna menunjukkan perbezaan idea-idea dan huraiannya. Selain itu, tujuan peta minda ialah untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu maklumat dengan selepas dipelajari. Hal ini kerana mata dan otak pelajar dapat bekerja dengan serentak. Tujuan peta minda ialah melatih pelajar untuk menggunakan otak kanan dan otak kiri ketika sesi pembelajaran. Otak kanan berfungsi untuk menggambarkan dan otak kiri pula berfungsi untuk menganalisi maklumat. Akhir sekali, peta minda bertujuan untuk melatih pelajar dalam mengembangkan kreativiti dalam pembelajaran agar sesi pembelajaran berjalan dengan suasana yang tenang dan teratur. Pelajar juga dapat membentangkan hasil persembahan dengan teratur dan sistematik tanpa huraian yang panjang lebar.

BENTUK PETA MINDA

KELEBIHAN PETA MINDA

  • Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan 
  • Tingkatkan daya ingatan 
  • Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan 
  • Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
  • Penyelidikan- semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam ingatan, peta minda sebagai kunci membuka pintu ingatan
  • Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran
  • Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bacaan 
KELEMAHAN PETA MINDA

  • Sukar difahami keran terlalu ringkas, menggunakan singkatan perkataan atau bahasa
  • Kata kunci yang tidak sesuai menyebabkan sukar untuk mengingati maklumat
  • Tiada huraian yang jelas mengakibatkan maklumat disalah tafsir
  • Terlalu kompleks dan menyebabkan maklumat kelihatan berserabut

No comments:

Post a Comment